suria

Mayat Pengawal Keselamatan Ditemui Di Lombong

KAMPAR: Mayat seorang pengawal keselamatan yang lemas ketika memancing dan mandi di lombong tinggal di Kota Bharu, Gopeng dekat sini, Sabtu lepas ditemui pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Balu a/l Subramaniam, 45 yang berasal dari Gopeng ditemui terapung di lombong itu pada pukul 7 pagi tadi oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya di sini hari ini. Beliau berkata mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di sini, pergi ke lombong berkenaan kira kira 2km dari rumahnya bersama-sama seorang rakannya untuk pergi memancing pada pukul 5 petang, Sabtu lepas.

Selepas memancing mangsa dikatakan mandi dan gagal berenang lalu tenggelam, rakannya yang sedang memancing kemudian cuba membantu tetapi gagal lalu menghubungi polis.

Operasi mencari mangsa dengan bantuan Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gopeng gagal menemui mayat mangsa sejak dua hari lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain