suria

HKL Tubuh Pasukan Petugas Naik Taraf Kemudahan

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan menggunakan sepenuhnya peruntukan RM300 juta yang diperuntukan dalam Belanjawan 2012 untuk menaik taraf kemudahannya, kata pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Sehubungan itu, beliau berkata sebuah pasukan petugas berkaitan kemudahan hospital itu yang perlu dinaik taraf telah ditubuhkan.

"Kita akan bekerja kuat untuk menjadikan visi HKL sebagai sebuah Hospital Perdana menjadi realiti," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Langkah kerajaan mewujudkan Hospital Wanita dan Kanak-kanak menerusi belanjawan ini, adalah tiba masanya dan mesra pesakit kerana Hospital Bersalin HKL kini berusia 50 tahun dan setakat ini 850,000 ibu telah melahirkan anak mereka di hospital itu, tambah beliau.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa HKL akan diberikan peruntukan RM300 juta untuk menaik taraf kemudahannya di mana RM50 juta bagi pembinaan sebuah blok untuk pesakit luar.

Perdana menteri juga mengumumkan pembinaan sebuah hospital khas untuk wanita dan kanak-kanak berharga RM700 juta di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain