suria

Dr Omar Diiktiraf Tokoh Akademik Negara 2010

Muhyiddin (kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2010 kepada Dr Omar (kiri) pada Majlis Anugerah Akademik Negara (ANN) 2009 dan 2010 di Kuala Lumpur, Isnin. Turut serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin (tengah). Foto THE Star oleh RAJA FAISAL HISHAN.

KUALA LUMPUR: Profesor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman, 79, diiktiraf sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 dan 2010 di sini, Isnin.

Dr Omar merupakan pakar veterinar Malaysia pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Cambridge, United Kingdom.

Selain itu, beliau yang dilahirkan pada 9 November 1932 merupakan profesor dan dekan pertama yang dilantik oleh Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia atau UPM) bagi Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan UPM.

Ini menjadikan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sebagai antara ahli akademik pengasas bagi pembangunan UPM.

Anugerah Tokoh Akademik Negara 2010 disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk AAN 2009 dan 2010, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain