suria

BN Sarawak Diminta Kemuka Calon Anggota PBT

SIBU: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta mengemukakan nama calon untuk dilantik mewakili mereka dalam 26 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh berkata senarai itu harus sampai ke kementeriannya sebelum atau pada 20 Disember ini.

Pelantikan anggota baru PBT terbabit akan dibuat tahun depan, katanya ketika di temui pemberita, di sini malam Ahad.

Wong juga berkata setiap calon akan dinilai kementeriannya bagi memastikan hanya yang layak dan terbaik dipilih untuk memikul tugas sebagai anggota PBT.

"Kita akan memilih mereka yang lebih berbakat, aktif dan bersedia untuk berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi kepada seluruh komuniti di negeri ini", katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain