suria

Reaksi: CMTM Gembira Tiada Kenaikan Cukai Rokok

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengeluar-pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM) gembira kerajaan tidak menaikkan cukai terhadap rokok dalam Belanjawan 2011.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, persekutuan itu berkataan pendekatan dua mata dasar eksais berhemat dan peningkatan penguatkuasaan merupakan strategi yang berkesan dan konstruktif untuk menangani isu dagangan rokok haram di Malaysia.

"Pencukaian yang berlebihan merupakan satu daripada faktor penting yang menggalakkan dagangan rokok haram," katanya.

Sementara itu, Sanofi Group juga menyambut baik langkah kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan berkualiti bagi semua dan rancangan kerajaan untuk membangunkan infrastruktur luar bandar.

"Kami yakin Belanjawan 2012 seimbang, yang akan membolehkan Malaysia kekal dengan pertumbuhan mampan di samping menangani ketidaktentuan ekonomi dunia," kata Pengurus Besar Sanofi Singapura/Malaysia/Brunei Leah Goodman dalam satu kenyataan. -BERNAMA

Artikel Lain