suria

Reaksi: Bajet 2012 Tumpu Kepentingan Semua Rakyat - Zahrain

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyambut baik pengumuman Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri kerana mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

"Setiap golongan bukan saja nelayan, guru dan pemandu teksi menerima habuan tetapi Ahli Parlimen. Bajet yang dibentangkan itu jika kita lihat lebih banyak memberi daripada mengambil," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurut beliau, pengumuman kali ini turut mengambil kira keadaan ekonomi negara yang akan berdepan situasi tidak menentu tidak lama lagi.

"Ini menunjukkan kerajaan bersiap-sedia untuk berdepan keadaan ekonomi yang tidak baik kerana banyak memberi kesenangan kepada rakyat," katanya.

Jelas beliau, Bajet 2012 mampu memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat berbanding belanjawan Pakatan Rakyat yang disifatkan mirip bajet rasuah.

"Belanjawan Pakatan Rakyat tidak menyeluruh dan bukan satu bajet yang praktikal dan realistik," tambahnya.

Artikel Lain