Pemaju Hartanah Lega Tiada Langkah Membebankan Dalam Belanjawan 2012 - Semasa | mStar

Pemaju Hartanah Lega Tiada Langkah Membebankan Dalam Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan berasa lega tiada langkah-langkah membebankan diperkenalkan dalam Belanjawan 2012.

Mereka juga menyambut baik dan menganggap insentif serta langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "positif pada umumnya".

Antara langkah-langkah yang dicadangkan ialah semakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk membendung spekulasi, di mana harta yang dipegang dan dilupuskan dalam tempoh dua tahun, CKHTnya ialah 10 peratus.

Bagi harta yang dipegang dan dilupuskan dalam tempoh melebihi dua tahun dan hingga lima tahun, kadarnya ialah lima peratus.

Bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Ng Seing Liong, berkata cadangan kerajaan untuk menaikkan CKHT bagi pemilikan dua tahun kepada 10 peratus akan membantu mengurangkan spekulasi harta dan menggalakkan pertumbuhan industri perumahan yang lebih stabil, sihat dan teratur.

"Pengumuman bagi industri ini akan menggalakkan pemilikan rumah dan pelaburan jangka panjang serta menggalakkan pembeli rumah memegang harta mereka bagi peningkatan modal jangka panjang harta berkenaan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United Malayan Land Bhd Group, Pee Tong Lim berkata: "Mengenai CKHT, saya rasa kesannya minimal kerana ia adalah langkah yang sangat ringan. Apa yang diumumkan akan lebih memberi kesan kepada spekulator daripada pembeli sebenar."

Rakan Cukai Ernst & Young Tax Consultants Sdn Bhd, Lim Kah Fan, juga berkata langkah-langkah CKHT akan memberi kesan minimal ke atas spekulator pasaran.

Cadangan-cadangan belanjawan yang lain termasuklah pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara pinjaman bagi pembelian rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan pembiayaan pinjaman 100 peratus bagi pembeli kali pertama.

Kerajaan akan juga menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada RM220,000 kepada RM400,000 mulai Januari 2012 dan melanjutkan tempoh insentif cukai kepada lima tahun bagi Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Datuk Leong Hoy Kum, berkata sebelum membentangkan belanjawan itu, banyak pihak membuat spekulasi CKHT akan disemak kepada 25 peratus.

"Ia disemak kepada hanya 10 peratus. Ini merupakan isyarat baik bagi pasaran tempatan dan juga pelabur asing yang boleh nampak kelangsungan dasar-dasar kerajaan dan kesediaan menggalakkan pelaburan sebenar.

"Langkah-langkah REIT akan menggalakkan lebih banyak pelabur hartanah institusi asing mengambil bahagian dalam pasaran harta tempatan yang masih menarik berbanding rantau ini," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain