suria

Warga Bangladesh Cabul Pelayan Kelab Dipenjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelayan sebuah kelab, lima hari lepas.

Md Manik Hossain, 25, mengaku mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun itu dengan memegang bahu dan mencium pipi kiri mangsa di Kelab The Royale Chulan, Jalan Conlay, Dang Wangi di sini kira-kira 8.05 malam, 3 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara itu, Md Manik yang juga pekerja kelab itu mengaku tidah bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan terhadap wanita itu di tempat dan pada masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Shakirah Moktarudin menetapkan 10 November depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli. - BERNAMA

Artikel Lain