suria

Kedutaan AS Ditutup Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada Isnin sempena cuti Hari Columbus.

Semua perkhidmatan kedutaan termasuk visa, pasport Amerika dan khidmat notari akan dibuka semula pada Selasa, menurut kenyataan kedutaan itu di sini, Jumaat.

Bagi urusan kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu di talian 03-21685000.

Cuti itu bagi memperingati pelayaran Christopher Columbus pada 1492. - BERNAMA

Artikel Lain