Kebakaran Musnahkan 13 Kedai di Beluran - Semasa | mStar

Kebakaran Musnahkan 13 Kedai di Beluran

BELURAN: Wang tunai berjumlah RM50,000 di sebuah kedai runcit merupakan antara yang hangus dalam kebakaran yang memusnahkan 13 kedai di Pekan Beluran di sini pada Jumaat.

Pemilik kedai yang dibuka sejak 10 tahun itu, Rudin Mathumelai, 31, berkata wang tunai yang terbakar itu adalah hasil jualan tiga hari yang disimpan di kedainya itu untuk pembelian barangan semula.

Beliau berkata sebelum kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi, dia bersama beberapa pekerjanya berada di kedai makan miliknya yang terletak bersebelahan dengan kedai runcitnya itu.

"Kami terdengar letupan kecil dipercayai litar pintas dan selepas itu melihat api merebak dengan cepat ke dalam kedai runcit menyebabkan kami tidak sempat untuk membawa keluar barangan dari dalam kedai," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Sapli Derun berkata dua jentera bersama 13 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.59 pagi dan tiba pada pukul 8.17 pagi.

Katanya semua 12 kedai di Blok B musnah terbakar dan bagi Blok A hanya sebuah kedai runcit terbakar selepas api berjaya dikawal daripada merebak ke kedai lain di blok itu. Beliau berkata kedai lain yang musnah terbakar adalah kedai makan dan menjual emas.

Katanya punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Karpal Menang Saman Sivil RM2 Juta

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain