suria

Karpal Menang Saman Sivil RM2 Juta

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Jumaat menerima ganti rugi bernilai RM2.8 juta dalam saman sivil terhadap seorang pengurus bank dalam satu kemalangan menimpanya yang menyebabkan beliau lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda pada Januari 2005.

Kemalangan tersebut berlaku di Jalan Utama pada 12.15 pagi pada 29 Januari 2005.

Media melaporkan bahawa kereta yang dipandu oleh pengurus bank berkenaan telah melanggar sebuah teksi yang dinaiki oleh Karpal ketika kejadian.

Artikel Lain