suria

Facebook Jabatan Bomba Satu Inisiatif Dekatkan Diri Dengan Masyarakat

KUALA LUMPUR: Pewujudan akaun laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sekadar ikutan trend masa kini tetapi satu inisiatif bagi mendekatkan pasukan itu dengan masyarakat.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pewujudan akaun laman sosial itu membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan orang ramai berkomunikasi.

"Dengan adanya laman sosial ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan jabatan kita... Ia dapat memasyarakatkan perkhidmatan bomba dan berkongsi idea bagaimana nak pertingkatkan kualiti keselamatan kebakaran di kawasan komuniti masing-masing," katanya.

Terdahulu, Wan Mohd Nor melancarkan majlis Sambutan Hari Inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penyerahan sijil pesara dan pelancaran Facebook JBPM Wilayah Persekutuan di sini, Jumaat.

Seramai 70 anggota JBPM dianugerahkan sijil khidmat cemerlang bersama enam anggota yang telah bersara.

Akaun Facebook JBPM WP diaktifkan pada Julai lepas dengan menggunakan nama 'Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur'. -BERNAMA

Artikel Lain