suria

Bajet 2012: Elaun Baru Ahli Parlimen Diumum Januari 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini Jumaat, disambut tepukan meja tanda sokongan daripada Ahli Parlimen.

Najib berkata kerajaan menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Anggota Parlimen yang semakin bertambah selain perlunya memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang diumumkan baru-baru ini.

"Dengan syarat...kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan pembangkang, mestilah seia sekata bersetuju, termasuklah yang Bebas-Bebas itu.

"Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan," katanya sambil tersenyum. -BERNAMA

Artikel Lain