suria

Samun Guna pistol: Tiga Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan menyamun seorang pekerja hotel menggunakan dua bilah parang dan sepucuk pistol pada Ogos lepas.

Penganggur G.Kanthan, 20, penghantar makanan restoran segera Nik Mohammad Hamidi Nik Mohamad Shor, 18, dan pelayan kedai makan Wan Mohamad Hamdan Wan Ariffin, 18, didakwa melakukan samun bersama-sama menggunakan senjata itu terhadap penyambut tetamu Smart Hotel, Mohd Zulkifli Suria, 23, dengan mengambil telefon bimbit, dompet, kad ATM dan wang tunai RM175 milik hotel itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hotel berkenaan di Dataran Dwi Tasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini pada 9.30 malam 29 Ogos.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain