suria

PM Terima Resolusi Pertahankan Poket Anda

PUTRAJAYA: Enam resolusi yang dicapai hasil daripada perbincangan meja bulat “Pertahankan Poket Anda” anjuran akhbar The Star sebagai salah satu langkah untuk menangani isu kenaikan harga barangan dan kos kehidupan telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Khamis.

Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai bagi pihak The Star telah menyerahkan resolusi berkenaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini.

Najib ketika menerima resolusi itu berkata, bajet yang akan dibentangkannya pada petang Jumaat antara lain akan turut menyentuh perkara-perkara yang telah dibangkitkan di dalam resolusi berkenaan.

The Star baru-baru ini telah mengadakan sesi perbincangan meja bulat yang melibatkan mereka dari persatuan pengguna, wakil dari Pemandu dan orang ramai untuk memperkatakan dan mencari langkah-langkah yang boleh membantu meringankan poket orang ramai ekoran kenaikkan kos kehidupan termasuk kos barang, pengangkutan dan juga keperluan harian.

Perbelanjaan bijak dan seruan agar rakyat Malaysia berbelanja mengikut kemampuan mereka merupakan salah satu daripada enam resolusi yang dicapai menerusi perbincangan meja bulat itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain