suria

Permohonan Semak keputusan Inkues Beng Hock 1 Disember Ini

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, Khamis menetapkan 1 Disember depan mendengar dan memutuskan sama ada keluarga mendiang Teoh Beng Hock boleh meneruskan permohonan menyemak keputusan terbuka Mahkamah Koroner mengenai kematiannya.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Khairul Nizam Abu Bakar menetapkan 10 November depan bagi mahkamah mendapatkan dokumen asal daripada Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian setiausaha politik kepada Ahli Exco Kerajaan Selangor itu.

Mahkamah juga menetapkan 18 Nov depan bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya memasukkan hujahan bertulis untuk memohon mencelah dalam permohonan semakan berkenaan.

Peguam Gobind Singh Deo dan S.Prakash hadir di mahkamah bagi pihak keluarga Beng Hock sementara pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Anas Mahadzir.

Keluarga Beng Hock memfailkan permohonan semakan pada 30 Sept lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah terhadap keputusan terbuka yang dibuat oleh Mahkamah Koroner berhubung kes kematian Teoh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain