Perdagang Rakan: Wanita Uganda Dipenjara Dua Tahun - Semasa | mStar

Perdagang Rakan: Wanita Uganda Dipenjara Dua Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara Uganda dijatuhi hukman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas didapati bersalah atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita senegaranya tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Nalwadda Specioza, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Specioza, pelajar di sebuah kolej swasta tempatan, didakwa memperdagangkan Faridah Namakula, 30, bagi maksud ekploitasi seks di Blok B-6-6, Puncak Bayan Kondo, Taman Connaught, Cheras di sini antara 25 November dan 12 Disember tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ahmad Zamzani membenarkan permohonan peguam Leonard Anselm Gomes yang mewakili tertuduh untuk menangguh pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan mengekalkan jaminan asal RM15,000 dengan dua penjamin warga tempatan. Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa Namakula datang ke Malaysia setelah ditawarkan pekerjaan mengajar orang tua di negara ini.

Bagaimanapun setelah tiba, tertuduh mengambil pasport milik Namakula dan memaksanya 'menjual diri' untuk membayar kembali kos tiket penerbangannya.

Sepanjang perbicaraan itu, pihak pendakwaan telah memanggil empat saksi manakala pihak pembelaan memanggil dua saksi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain