suria

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di Kuantan

KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Km 8 Jalan Pekan-Kuantan pada Rabu.

Kemalangan pada pukul 5.45 petang itu mengakibatkan Azman Zainon, 35, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian, lelaki itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

Beliau berkata motosikal yang ditunggang Azman bergesel dengan sebuah lori yang keluar dari simpang tiga berkenaan menyebabkan mangsa terperosok ke bawah lori berkenaan.

"Mangsa dipercayai cuba mengelak lampu isyarat dengan memasuki laluan di simpang sebelah kiri," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain