MTUC Mahu Adakan Piket Bantah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 - Semasa | mStar

MTUC Mahu Adakan Piket Bantah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan berlangsung pada Isnin depan, jangka memutuskan sama ada untuk menganjurkan piket susulan ataupun sebaliknya sebagai bantahan terhadap hasrat kerajaan untuk meminda Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010.

Presidennya, Khalid Atan berkata, kemungkinan piket susulan diadakan bergantung kepada hasil perbincangan dan maklum balas yang diberikan oleh ahli-ahli MTUC dalam mesyuarat tersebut nanti.

Katanya, isu pindaan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan 2010) yang mencetuskan ketidakpuasan hati ketika ini, akan menjadi sebahagian daripada agenda dalam mesyuarat tersebut.

MTUC mendakwa, beberapa peruntukan baru dalam rang undang-undang berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO).

Kebimbangan yang ditimbulkan itu antara lain meliputi aspek pengenalan peruntukkan berkaitan dengan sistem kontraktor tenaga kerja, masa depan pergerakan kesatuan sekerja dan hari-hari penggajian tetap dengan majikan utama.

"Apapun, sebarang tindakan susulan mengenai perkara ini, akan kami putuskan dalam mesyuarat itu nanti."

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Khalid juga menegaskan, piket secara aman yang dianjurkan MTUC ini tidak bermotifkan politik dan tidak menggugat keselamatan awam.

Katanya, penganjuran piket sedemikian hanya sebagai manifestasi kepada ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara dan tidak berniat langsung untuk menentang mana-mana pihak.

Ditanya mengenai jumlah peserta yang mungkin hadir pada piket tersebut, Presiden MTUC itu berkata, pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain