suria

JSJ Pantau Kesemua 125 Tahanan Akta Kediaman Terhad Yang Dibebaskan - Ismail Omar

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia diarah memantau kesemua 125 tahanan Akta Kediaman Terhad yang dibebaskan pada Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada masa yang sama pihaknya akan memastikan individu terbabit tidak melakukan aktiviti yang menggugat ketenteraman awam.

"Kita berharap mereka tidak akan buat apa-apa jenayah, terutamanya judi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku Crimson Over Borneo - Untold Police Stories and Communist Cessation of the Sarawak Communist Insurgency, oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di sini pada Khamis.

Ismail juga yakin individu terbabit boleh berubah dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kesemua tahanan di bawah akta itu dibebaskan hari ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan usul pemansuhan akta berkenaan, di Dewan Rakyat semalam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain