suria

Jangan Terpedaya Belanjawan Pembangkang - Musa Aman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk Sabah supaya tidak terpengaruh dengan janji pembangkang dalam "belanjawan" mereka kerana ia merupakan janji kosong semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau berkata apa yang pembangkang sifatkan sebagai "belanjawan alternatif" itu hanya retorik yang tidak boleh dilaksanakan kerana "mereka bukan kerajaan" di peringkat pusat.

"Sebaliknya, kita (Barisan Nasional) memang ada rekod yang baik kerana bajet kerajaan BN sentiasa mengambil kira kepentingan semua rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Tapak Tamu KPD, Tanjung Lipat, dekat sini, Khamis.

"Bajet Alternatif Pakatan" itu yang diumumkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Selasa lepas, antara lainnya menjanjikan bonus RM1,000 setahun kepada warga emas dan elaun RM500 setiap bulan kepada warga pendidik.

Pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi telah menyifatkan belanjawan pembangkang itu sebagai tidak realistik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain