suria

SENARAI BERITA-BERITA UTAMA RABU

BERIKUT adalah senarai berita-berita utama hari ini, Rabu 5 Oktober:

1. KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang mana-mana pelajarnya daripada menduduki peperiksaan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.

2. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan semua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 dengan serta merta manakala lebih 200 waran yang belum disampaikan juga dibatalkan.

3. KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa negara pernah dijajah di bawah pengaruh British namun dalam konsep yang berbeza.

4. KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian sebanyak RM250 juta pada tahun lepas.

5. KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 (Akta 377) kerana undang-undang itu sudah lapuk ditelan zaman dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

6. KUALA LUMPUR: Pembelajaran sejarah yang diguna pakai dalam kurikulum sekolah yang sedia ada adalah tepat dan relevan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

7. KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura telah memulakan kajian bersama mengenai perkhidmatan pengangkutan transit aliran deras yang menghubungkan Johor Baharu dan republik itu.

8. KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi mengumpul maklum balas mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini bermula November depan.

9. KUALA LUMPUR: Majikan yang masih berdegil mengambil Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dikenakan tindakan tegas berkuatkuasa serta-merta sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan proses pengampunan dalam Program 6P.

10.KUALA LUMPUR: Lima lelaki Amerika Latin ditahan manakala 10 lagi sedang dikesan, dipercayai anggota kumpulan penyamun antarabangsa, yang menggunakan taktik memancitkan tayar kenderaan mangsa sebelum merompak mereka.

Artikel Lain