suria

PDRM Belanja RM2 Juta Tangani Perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan lebih RM2 juta bagi menghentikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata PDRM juga menugaskan seramai 11,046 pegawai dan anggota bagi menjaga keselamatan di kawasan Lembah Klang.

"Jumlah itu termasuk seramai 2,600 orang yang dikerah untuk bersiap sedia di kontijen-kontijen seluruh negara dan akan dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Polis juga terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok(DAP-Seputeh) yang ingin mengetahui bilangan anggota polis yang ditugaskan bermula 6 hingga 9 Julai dan kos perbelanjaan yang digunakan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan Bersih.

Artikel Lain