suria

Gangguan Perkhidmatan KTM Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity di wilayah pantai timur mengalami gangguan ekoran kegelinciran yang melibatkan Ekspres Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands) antara Krambit-Jerantut awal pagi Isnin.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, insiden yang membabitkan koc tren No.27 itu berlaku pada 3.08 pagi di Km196.75.

Kerja baik pulih dijangka siap pada 2 petang ini.

Perkhidmatan yang terganggu ialah tren No.28 Ekspres Wau (Kuala Lumpur-Tumpat) yang dihentikan di Stesen Jerantut, dengan penumpang meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan stesen-stesen perantaraan menggunakan bas.

Sementara tren No.91 (shuttle Kuala Lipis-Woodlands) dan Tren No.64 (shuttle Woodlands-Gemas) dibatalkan.

"Sebanyak 13 bas disediakan untuk mengangkut 450 penumpang terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," kata KTM. Orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-88-5862 untuk mendapat maklumat lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain