suria

Bank Negara Cari Tujuh Individu Dipercayai Terlibat Dengan Penggubahan Wang Haram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti deposit wang haram yang membolehkan mereka didakwa di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Bank Negara, turut menawarkan sejumlah ganjaran kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Antara individu yang dicari ialah, Dahlan David Abdullah (650811-10-7173), Ramunatul Aida Rahmat (681125-08-5236), Abd Halim Rafii (600701-01-5037) dan M Bakri Kamaruddin (611029-08-6403).

Turut dicari ialah, Zainal Yusof (640510-05-5593), Harun Mat Saat (660908-03-5945) dan Choi Kok Peng (651111-08-6089).

Bagi mereka yang mempunyai maklumat di mana tujuh individu terbabit berada, mereka boleh menghubungi Bank Negara ditalian 03-26942143/ 03-26984163 atau melaporkan kepada balai polis berhampiran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain