Bajet 2012 Mampu Tangani Masalah Golongan Berpendatan Rendah - Najib - Semasa | mStar

Bajet 2012 Mampu Tangani Masalah Golongan Berpendatan Rendah - Najib

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

"Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara," katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di sini.

Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.

Perdana Menteri berkata strategi yang akan diumumkan dalan Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Najib berkata pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Selain itu katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

Katanya ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara.

"Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya.

Najib berkata Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global.

"Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik," katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Katanya peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain