suria

Lima Menteri Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sabah

KOTA KINABALU: Lima menteri Persekutuan mendahului senarai 722 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-58 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin yang akan disambut pada Sabtu.

Mereka yang merupakan antara 10 penerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima' ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman.

Turut menerima darjah kebesaran tertinggi negeri itu ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye; Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulong Matjeraie; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang dan bekas timbalan ketua menteri Sabah Datuk Tham Nyip Shen.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Banggi Abdul Mijul Unaini pula mengetuai senarai 47 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Penerima darjah kedua tertinggi yang lain ialah Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Pang Yuk Ming; penasihat Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Abd Latiff Kandok; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Almudin Kaida; Ketua Umno Bahagian Beluran James Ratib; bekas Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Sabah Mohd Hasnol Ayub; Pegawai Pembangunan Negeri Matusin Sunsang; penyanyi veteran Sabah Justine Stimol; Pengarah Jabatan Cetak Negeri Salsidu Ibrahim; Ketua Umno Bahagian Ketua Marudu Wetrom Bahanda;.

Bekas pembantu menteri negeri Yapin Gimpoton; Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Yusof Sarangit; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hassan Abdul Rahman; Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Madya Dr Kasim Mansur; Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Fatimah Shara Ahmad Noor; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri MC Ismail Salam; Pengurus Besar Kanan (Operasi) Sabah Electricity Sdn Bhd Peter Lajumin; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah SAC Tan Kok Liang dan ahli-ahli politik veteran Mohd Said Senang dan Salman Ghulam.

Turut menerima anugerah PGDK ialah Abdullah Mohd Said; Ahmad Abdul Rahman, Steven Awit Beliku; Chong Choon Kim; Chu Kok Keng; Elizabeth Maurice. -BERNAMA

Artikel Lain