Chin Peng Dalam Keadaan Tenat Di Bangkok - Semasa | mStar

Chin Peng Dalam Keadaan Tenat Di Bangkok

Chin Peng
Chin Peng

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.

Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.

Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malayaia diminta melawat pemimpin berkenaan.

“Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat,” kata pegawai risikan berkenaan.

Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar,di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.

Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.

Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.

Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain