suria

Pemilik Restoran Tergamam Disamun Tiga Lelaki Bersenjata Parang

KLANG: Seorang pemilik restoran di Batu 1, Jalan Kapar di sini tergamam apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang ketika baru mahu memulakan perniagaannya di sini kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.

Mohd Salleh Che Tal, 30, berkata ketika kejadian beliau baru pulang membeli barangan keperluan untuk perniagaannya apabila secara tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk ke kedainya dan melarikan wang tunai bernilai RM1,400 dan tiga telefon bimbit serta sebuah kereta Proton Wira.

"Kejadian berlaku terlalu pantas, kurang dari lima minit. Sebuah kereta Proton Waja berhenti di hadapan kedai saya dan seorang lelaki bersenjatakan parang meluru masuk manakala dua lagi rakannya menggeledah mesin wang dan mengambil semua wang di dalamnya.

"Malah wang tunai di dalam poket seluar dan telefom bimbit saya turut dirampas," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata seorang daripada lelaki terbabit turut masuk ke kawasan dapur dan merampas telefon bimbit serta anting-anting emas milik pembantu kedainya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Supritendan Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan bagi menjejak ketiga-tiga suspek terbabit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain