suria

Latihan Tentera: NUJ Hargai Keputusan Kabinet

KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menghargai keputusan Kabinet bagi menyediakan latihan tentera untuk petugas-petugas media yang dikehendaki membuat liputan di kawasan perang.

Petugas berkenaan boleh menjalani latihan bersama Pasukan Media Askar Wataniah Kementerian Pertahanan.

Setiausaha Agung NUJ, V. Anbalagan dalam satu kenyataan berkata langkah ini dapat mengurangkan kos latihan yang ditanggung majikan terutama mereka dari syarikat media cetak kecil.

"Terpulang kepada majikan memutuskan sama ada mahu menghantar staf untuk latihan seumpama itu.

"NUJ menyedari bahawa sesetengah syarikat media merancang melatih pekerja mereka termasuk untuk beroperasi dalam persekitaran berbahaya," kata beliau.

"NUJ juga berharap majikan mengambil polisi insuran khas, misalnya untuk meliputi perkara seperti kehilangan nyawa dan anggota badan di samping menyediakan helmet dan ves kalis peluru," kata beliau.

Berikutan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan dalam insiden 2 September di Somalia, NUJ telah mendapat banyak maklum balas berguna daripada para petugas media tempatan yang dihantar ke kawasan perang dan konflik, kata Anbalagan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain