Hutang Dadah: Pekerja Kilang Cedera Ditembak - Semasa | mStar

Hutang Dadah: Pekerja Kilang Cedera Ditembak

KOTA BAHARU: Gara-gara bergaduh kerana hutang dadah, seorang pekerja kilang papan cedera ditembak di bahagian paha di Kampung Telekong, Kuala Krai, petang Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa yang berusia 35 tahun berasal dari Dabong itu, kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan walaupun telah mengenal pasti suspek," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, Jumaat.

Mengulas kejadian itu yang berlaku kira-kira 6.30 petang, Jalaluddin berkata pihaknya percaya kejadian berpunca daripada kegagalan suspek dan mangsa menyelesaikan hutang pembelian dadah jenis pil kuda.

Mangsa dikatakan menumbuk suspek ketika berbincang masalah hutang dadah yang dibeli mereka daripada seorang tauke dadah.

Susulan itu, suspek dikatakan pulang ke rumahnya dan datang semula menemui mangsa sejam kemudian dengan bersenjata api dipercayai pistol sebelum menembak mangsa.

Suspek dikenal pasti sebagai lelaki warga asing berusia 45 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Ab Rahman Jaafar ketika dihubungi berkata pihaknya sedang megesan suspek.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat bersabit kes itu agar menghubungi IPK di talian 09-7455622 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jalan Ditutup Sempena Sambutan Hari Terbuka PDRM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain