suria

Dua Pelajar Buta Antara Penerima Biasiswa Yayasan Hong Leong

KUALA LUMPUR: Dua pelajar buta adalah antara penerima biasiswa Yayasan Hong Leong di sini, Jumaat.

Mereka ialah Mohd Aziz Abidin yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Alfa Nur Aini Erman Efendi yang sedang belajar di Universiti Malaya dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.

"Saya teruja dengan pemberian biasiswa ini dan akan belajar bersungguh-sungguh kerana selepas ini saya mahu menjadi guru atau melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana," kata Mohd Aziz selepas menerima biasiswa tersebut.

Alfa Nur Aini berkata biasiswa berkenaan sememang ditunggu-tunggunya.

"Saya mahu menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa ketidakupayaan fizikal tidak menghalang seseorang untuk memperoleh kejayaan," katanya.

Sementara itu pengarah yayasan tersebut, Dr Poh Soon Sim berkata Sejak pemberian biasiswa tahunan itu dimulakan pada 1978, yayasan itu telah menyalur RM19.5 juta nilai biasiswa kepada lebih 1,000 pelajar.

Beliau berkata penerima biasiswa yayasan tersebut tidak perlu membayar balik pemberian atau terikat untuk bekerja dengan syarikat Kumpulan Hong Leong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain