suria

Beli Tiket AirAsia Ke Macau, Menang Tiket VIP Ke ZAiA

KUALA LUMPUR: Rebut peluang untuk memenangi tiket VIP untuk menonton ZAiA oleh Cirque du Soleil, yang terkenal di dunia di The Venetian Macau, dengan mengambil bahagian dalam peraduan AirAsia "ZAiA Cirque du Soleil Show".

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam peraduan itu dengan menempah penerbangan ke Macau, mulai 3-16 Oktober, 2011 bagi tempoh perjalanan dari 1 November-31 Disember, 2011 melalui promosi peraduan "ZAiA Cirque du Soleil".

Ketua Komersil Serantau AirAsia Kathleen Tan berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat: "Kami berasa bangga untuk menawarkan peluang kepada tetamu kami untuk memenangi tiket eksklusif yang memang dinanti bagi menyaksikan persembahan menakjubkan ZaiA oleh Cirque du Soleil, dan juga untuk menikmati apa yang Macau tawarkan."

Pemegang setiap tempahan penerbangan ke-100 yang berjaya, akan secara automatik didaftarkan, dan peserta yang disenarai pendek akan dipilih daripada kumpulan pemegang berdaftar untuk cabutan akhir.

Peserta yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel dan secara automatik bersedia untuk hadiah utama, dua keping tiket VIP untuk ZAiA oleh persembahan Cirque du Soleil.

Selain hadiah utama, AirAsia juga menawarkan 20 pasang tiket biasa ke persembahan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain