suria

Samun Pengurup Wang: Tiga Pegawai SPRM Akan Dihadapkan Di Mahkamah

PUTRAJAYA: Ketiga-tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.

Ketiga-tiga mereka telah dilucutkan daripada sebarang tugasan dan kemudian dipindahkan ke bahagian pentadbiran suruhanjaya berikutan penangkapan itu.

Mereka akan didakwa di mahkamah Sepang.

Minggu lalu, media melaporkan tiga pegawai SPRM yang bertugas di Putrajaya ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing membabitkan wang berjumlah kira-kira RM900,000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain