suria

Pusat Beli-Belah Empire Gallery Ditutup Sementara Waktu

PETALING JAYA: Pusat beli-belah Empire Gallery di sini, ditutup sementara waktu kepada orang ramai sehingga laporan siasatan pelbagai pihak mengenai punca letupan di pusat beli-belah itu disiapkan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Empire Gallery masih perlu ditutup sehingga bomba dan polis jalan siasatan. Selepas itu pihak pemilik bersama jurutera mereka perlu periksa kawasan itu sama ada ia boleh dibuka atau tidak kepada orang ramai.

"Keutamaannya sekarang adalah keselamatan orang ramai sebab itu kerajaan tempatan dan pemilik bangunan itu perlu lakukan kajian lanjut. Mereka juga perlu beri jaminan bahawa ia selamat kepada orang awam sekiranya ia dibuka semula," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian.

Beliau turut berbangga dengan kejayaan pihak bomba dan polis yang tiba awal iaitu kurang dari 15 minit di lokasi kejadian.

"Saya diberi jaminan oleh pasukan profesional termasuk jurutera, bahawa mereka telah membuat tinjauan, struktur bangunan tidak terjejas.

Letupan pada awal pagi di pusat membeli-belah itu menyebabkan empat orang cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain