suria

Perkhidmatan KTM Intercity Pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity bagi sektor selatan yang terjejas akibat kegelinciran tren kargo di Stesen Genuang, Johor semalam, kembali pulih awal pagi Khamis.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkhidmatan itu pulih pukul 2.06 pagi dan semua laluan tren telah kembali beroperasi seperti biasa.

"KTM memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul dari insiden ini," kata kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh hubungi talian khidmat pelanggan KTM Berhad di 1-300-88-5682. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain