Letupan Sg Golok: Polis Kumpul Maklumat Suspek Berada Di Malaysia - Semasa | mStar

Letupan Sg Golok: Polis Kumpul Maklumat Suspek Berada Di Malaysia

KOTA BAHARU: Polis kini mengumpul maklumat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand, bagi menyiasat dakwaan dalang yang terbabit dalam siri letupan bom di Sungai Golok bersembunyi di negara ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya tidak berdiam diri bagi memastikan kebenaran dakwaan pihak berkuasa Thailand itu.

"Kalau benar ada kita akan tangkap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Majlis Pemakaian Pangkat Bagi Anggota, di sini, Khamis.

Bagaimanapun kata Jalaluddin, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut.

Polis Thailand sebelum ini dilapor memburu dua beradik yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman di pekan Sungai Golok, Thailand yang meragut enam nyawa, termasuk lima rakyat Malaysia dalam kejadian 16 September lepas.

Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Chaithat Intanuchit dilapor berkata suspek dikenal pasti sebagai Suhaidi Kubaru, 26, dan abangnya, Roslan, 27, yang juga merupakan anggota kumpulan pengedaran dadah terbesar di selatan Thailand.

Beliau turut dilapor mendakwa dua lelaki itu dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di Sungai Golok iaitu pekan yang bersempadan dengan Kelantan.

Dalam kejadian 16 September itu, lima rakyat Malaysia maut termasuk seorang yang meninggal dunia di Hospital Hadyai, Songkhla semalam selepas hampir dua minggu dirawat akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Sementara itu, mengulas isu lambakan al-Quran yang ditemui di Kampung Pauh Lima, Bachok beberapa hari lepas, Jalaluddin berkata polis akan mengambil tindakan jika wujud unsur yang menyentuh perasaan umat Islam.

"Kes lambakan al-Quran yang dipercayai untuk dilupuskan itu akan disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan iaitu perkara yang menyentuh sensitiviti agama," katanya.

Beliau berkata naskhah al-Quran yang telah dileraikan dan diletakkan dalam tiga kotak itu dipercayai dihantar oleh sebuah syarikat pencetak dari Selangor untuk dilupuskan.

"Kita sudah mengenal pasti syarikat pencetak itu dan kita minta syarikat berkenaan melupuskan mengikut peraturan yang dibenarkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain