suria

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Ketamine

JOHOR BAHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan menahan dua lelaki yang disyaki cuba menyeludup masuk 880 botol dipercayai berisi dadah jenis Ketamin di perairan Batu Pahat pada Khamis.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan APMM, Kapt Mohd Zubil Mat Som dalam satu kenyataan di sini berkata, tangkapan itu dilakukan pada 11 pagi apabila empat anggota mengesan sebuah bot sedang menuju ke daratan dalam keadaan mencurigakan dan dua lelaki cuba membuang sesuatu ke dalam laut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Bot laju APMM kemudian mengejar bot tersebut selama 15 minit sebelum menahannya di 2.35 batu nautika barat daya Tanjung Segenting, Batu Pahat.

"Setelah menahan tekong dan seorang awak-awak warga tempatan berusia 28 dan 48 tahun, anggota APMM memeriksa kotak besar yang diikat pada pelampung dn mendapati ia berisi botol kecil mengandungi cecair dipercayai ketamin.

Mohd Zubil berkata suspek ditahan reman selama tujuh hari di Ibupejabat Polis Daerah Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain