suria

Presiden Vietnam Tiba Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

SEPANG: Presiden Vietnam Truong Tan Sang tiba di sini pada 3.40 petang ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke negara ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Mai Thi Hanh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha selaku menteri pengiring dan Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay.

Lawatan Presiden Vietnam itu adalah sebagai kunjungan balas lawatan rasmi Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Vietnam pada 2009.

Beliau dijadualkan akan diberikan sambutan rasmi di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur petang ini manakala Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah akan mengadakan jamuan negara meraikan Sang dan Hanh di Istana Negara malam ini.

Presiden Vietnam itu turut dijadual menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain