Pemilih Berdaftar Kini Berjumlah 12.3 Juta, 69,293 Nama Dikeluarkan - Semasa | mStar

Pemilih Berdaftar Kini Berjumlah 12.3 Juta, 69,293 Nama Dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 September lalu setelah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, dalam tempoh berkenaan, SPR juga telah memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu diambil dalam proses semasa pembersihan senarai Daftar Pemilih membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang.

Katanya, SPR juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap 50,000 nama pemilih berdaftar.

Kamaruddin berkata, dalam proses pembersihan itu, SPR membuat semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, semakan rekod pemilih melalui proses pembersihan Daftar Pemilih adalah secara berterusan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, hasil semakan itu mendapati ada nama-nama pemilih berdaftar dikeluarkan atas pelbagai sebab seperti pelucutan kewarganegaraan, meninggal dunia atau bersara daripada perkhidmatan polis atau tentera.

Selain itu, Kamaruddin berkata semakan Daftar Pemilih juga melibatkan pertukaran status pengundi dan perubahan status pemilih awam kepada pemilih pos dan sebaliknya.

Beliau berkata, SPR juga menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih (Borang A) melalui laman web di alamat www.spr.gov.my.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai bahawa pendaftaran sebagai pemilih tidak boleh dibuat atas talian tetapi sebaliknya perlu menghantar Borang A itu ke kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Katanya, borang berkenaan tidak boleh dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.

"Ianya bertujuan memastikan pembawa borang berkenaan adalah pemohon yang sebenar," tambah beliau.

Katanya langkah tersebut adalah selaras dengan tuntutan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menghendaki pemilih hadir sendiri ke kaunter pendaftaran pemilih. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.