Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Di Kebun Getah - Semasa | mStar

Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Di Kebun Getah

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh, di kebun getah, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai L. Ramasandram, 57, dan isterinya A. Bakiam, 51, ditemui orang awam pada pukul 5.40 pagi dan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya kedua-dua mangsa adalah penoreh getah di kebun tersebut dan polis turut menemui sebuah motosikal kepunyaan mangsa di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas tanah merah, dengan kesan tetakan pada bahagian kepala dan kedua-dua tangan mangsa, kata beliau. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu.

Norel Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pak Lah Minta Semua Agama Elak Provokasi

Artikel Berikut

Pemandu Bas Terlepas Tali Gantung

Artikel Berkaitan

Artikel Lain