suria

Najib Lawat Dewan Parlimen Baru

Penolong Jurutera Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, Kristiwi Madehi memeriksa sistem pendawaian elektrik di dewan Parlimen sementara, sebelum digunakan buat julung kalinya bagi persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu meluangkan masa kira-kira 45 minit meninjau persiapan dewan Parlimen sementara, sebelum digunakan buat julung kalinya bagi persidangan Dewan Rakyat awal bulan depan.

Najib melawat beberapa bahagian dewan baru itu, termasuk kedudukan kerusi beliau di dalam dewan persidangan Dewan Rakyat.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor dan kedua-dua Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee.

Dewan baru itu akan digunakan secara rasmi apabila Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas 2011 yang akan bermula Isnin ini, yang akan turut menyaksikan Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Okt.

Pengubahsuaian dewan itu yang dinaik taraf dari bangunan dewan serbaguna Parlimen bagi menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dibina dalam masa lima bulan dengan harga RM28 juta.

Projek menaiktaraf bangunan itu dijalankan setelah kerajaan mengumumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktur secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

Bangunan sementara itu dijangka digunakan bagi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama dua tahun sementara projek pengubahsuaikan bangunan Parlimen siap.

Sementara itu, Shaziman ketika ditemui pemberita berkata, dewan sementara itu telah siap sepenuhnya dan kini sedang menjalankan beberapa ujian akhir termasuk ujian bunyi dan sistem maklumat komunikasi dan teknologi (ICT).

"Setakat ini semuanya OK...cuma kita akan menjalankan ujian akhir Isnin ini," katanya.

Dalam pada itu katanya, reka bentuk bagi pengubahsuaian bangunan asal Parlimen dijangka siap November ini sebelum tender boleh dipanggil pada hujung tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain