suria

MTUC Jangan Bangkit Isu Rang Undang-Undang Kerja - KSM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diingatkan supaya tidak membangkitkan isu mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2010) menjelang pembentangan di Parlimen.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya pada malam Selasa, sebelum pindaan itu dibawa ke Parlimen, semua cadangan pindaan itu telah melalui proses konsultasi bersama 14 wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja sebanyak 18 kali sejak 2010.

"Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja.

"Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan,” kata Kementerian Sumber Manusia.

Justeru itu, kementerian amat berharap cadangan pindaan tersebut akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di negara ini. —BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain