suria

Letupan Di Pusat Beli-Belah: Tiada Unsur Sabotaj, Keganasan

SUBANG JAYA: Polis menolak dakwaan wujudnya unsur sabotaj atau keganasan sebagai punca letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini, awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata hasil siasatan menunjukkan letupan itu berlaku akibat kecuaian.

"Kami menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang bertanya sama ada letupan itu ada kaitan dengan unsur sabotaj atau keganasan," katanya kepada pemberita ketika tinjauan ke lokasi kejadian di sini.

Katanya, siasatan yang dijalankan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat kecuaian serta Suruhanjaya Tenaga mendapati punca sebenar letupan itu berlaku adalah disebabkan kecuaian.

"Kami percaya kebocoran gas menyebabkan letupan itu berlaku. Apa yang akan disiasat adalah punca yang mencetuskan letupan tersebut," katanya.

Beliau berkata, siasatan polis akan menumpukan perhatian terhadap hasil siasatan yang dijalankan oleh jabatan dan suruhanjaya itu.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat ke lokasi kejadian berkata, pusat membeli-belah itu akan ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai.

Walaupun tiada berlaku kerosakan serius, Khalid berkata, kawasan itu akan dibuka semula kepada orang ramai sebaik saja jurutera dan arkitek mengesahkan ia selamat untuk dikunjungi.

Penutupan sementara itu menjejaskan seramai 180 penyewa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain