suria

Kes Saman Bekas Pengerusi MAS Terhadap The Malaysian Insider Selesai Luar Mahkamah

KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli terhadap portal berita The Malaysian Insider kini dalam peringkat akhir sebelum direkodkan setelah bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam George Miranda, yang mewakili syarikat, pegawai dan wartawan portal itu, berkata pihak-pihak akan meneliti terma-terma yang dipersetujui sebelum ia direkodkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal menetapkan Jumaat ini untuk merekodkan persetujuan berhubung saman bernilai RM200 juta itu di dalam kamar hari ini, kata Miranda kepada pemberita di luar mahkamah di sini.

Pada 18 Ogos lepas, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Ketua Pegawai Eksekutif, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain