suria

Anggota Polis Cedera Terkena Tembakan Pistol Sendiri

KAJANG: Seorang konstabel cedera parah setelah tertembak dirinya sendiri ketika sedang mengosongkan peluru Revolver .38 selepas pulang dari rondaan malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Konstabel Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, cedera di kepalanya akibat terkena tembakan itu.

Syaiful Nizam dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur dikatakan baru pulang dari rondaan berjalan kaki bersama-sama sekumpulan anggota polis lain semasa kejadian itu berlaku di hadapan stor simpanan senjata Ibu Pejabat Polis Kajang.

"Peluru itu mengenai kepala di tepi sebelah kanan dan ia berlaku di hadapan rakan-rakan anggota yang baru pulang dari meronda. "Setakat ini saya difahamkan Syaiful masih dirawat di Hospital Kajang dan keadaannya kritikal," kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab ketika ditemui pemberita di Hospital Kajang di sini.

Beliau berkata Syaiful Nizam, yang isterinya mengandung tujuh bulan, sudah dua tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kajang.

"Kita akan membuat siasatan lanjut kes ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain