suria

Raja Permaisuri Agong Sertai Kanak-Kanak Dalam Majlis Riang Ria Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berangkat ke majlis sambutan Riang Ria Aidilfitri bersama 300 kanak-kanak daripada institusi kebajikan sekitar Lembah Klang dan Ampang Jaya. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia Tan Sri Zaleha Ismail.

Pada majlis itu baginda diraikan dengan persembahan kanak-kanak dari Pusat Latihan Autisma dan kanak-kanak sekolah serta persembahan artis "Idola Kecil", Nor Harris Alif Nor Rashidi dan Puteri Aszfaryna Khareeza.

Baginda kemudian menyampaikan duit raya serta hadiah kepada kanak-kanak yang hadir. - BERNAMA

Artikel Lain