Malaysia Kekal Kedudukan Ke-Tiga Pada ASR2011 - Semasa | mStar

Malaysia Kekal Kedudukan Ke-Tiga Pada ASR2011

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengekalkan kedudukan ke-tiganya pada Penarafan Kemampanan Asia (ASR) 2011 walau pun mencatatkan skor purata yang lebih rendah pada tahun ini.

Pada tahun ini, ia mencatatkan skor purata 39 peratus daripada 42 peratus pada tahun lepas berikutan langkah memasukkan syarikat baharu dan yang mencatatkan prestasi yang rendah, yang mengekang skor Malaysia dan mencukupi sehingga menyebabkan penurunan purata bagi negara ini.

Bagaimanapun, purata itu kemungkinan meningkat berikutan jangkaan Bursa Malaysia akan melancarkan Indeks Alam Sekitar, Sosial dan Kerajaan (ESG) menjelang akhir 2012.

ASR melibatkan 100 petunjuk kemampanan, yang meliputi pendedahan elemen utama risiko ESG, yang terdiri daripada 750 syarikat daripada 10 negara Asia terpilih mengikut pengapungan bebas di pasaran modal.

Syarikat Korea Selatan mengekalkan kedudukan pertama secara keseluruhannya yang kebanyakannya mencapai markah yang tinggi di segi pendedahan alam sekitar.

Thailand menduduki tempat ke-dua, yang meningkat dua kedudukan berbanding tahun lepas, manakala India turun dua kedudukan ke tempat ke-empat, diikuti oleh Taiwan, Singapura, China, Indonesia, Hong Kong dan Filipina.

Pengasas Bersama dan Pengerusi CSR Asia Dr Richard Welford berkata kerajaan Malaysia terus menjadi pemacu utama bagi agenda tanggung jawab sosial korporat.

"Ada Perdana Menteri yang sentiasa bercakap mengenai CSR dan mereka sedar ada peranan bagi sektor swasta untuk dimainkan di dalam pembangunan negara masing-masing," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak CSR Asia 2011.

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai CSR di kalangan syarikat tempatan, kerajaan perlu menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan masing-masing, katanya.

"Kita perlu memberikan galakan dan sedikit daya tolak, jadi, saya rasa adalah penting bagi kerajaan untuk menggalakkan kita dan saya berharap kerajaan akan bercakap lebih banyak mengenai isu CSR," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain