suria

Pusat R&R Di Kawasan Luar Bandar Sebagai Tarikan Pelancongan

RAUB: Kementerian Pelancongan akan membina pusat rawat dan rehat (R&R) di jalan-jalan luar bandar di seluruh negara sebagai satu lagi tarikan pelancongan.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata laluan di jalan-jalan raya tertentu mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik untuk dimanafaat sepenuhnya sebagai satu tarikan pelancongan.

"Pelbagai kemudahan termasuk gerai bagi membolehkan penduduk tempatan menjual hasil tani termasuk sayur dan buah buahan tempatan akan disediakan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra rakyat sempena sambutan Aidilfitri 1Malaysia di Dataran Dong di sini malam Ahad.

Ng berkata sebagai permulaan, sebuah R&R akan diwujudkan di laluan jalan Raub ke Gua Musang dengan peruntukan RM1 juta.

"Jika berjaya, kita merancang membina di seluruh negara secara berperingkat mulai tahun depan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Sekolah Cina Terima RM15 Juta

Artikel Lain