suria

Dua Anugerah Wanita Mampu Ransang Lebih Ramai Wanita Berjaya:PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini akan menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai ikon wanita dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Perdana Menteri berkata selain memberi pengiktirafan kepada ikon wanita berjaya, penyampaian kedua-dua anugerah itu juga diharap dapat meransang lebih ramai kaum wanita untuk berusaha gigih dan mencapai kejayaan seumpamanya.

"Saya fikir kalau ada majlis sebegini yang boleh mengiktiraf tokoh ikonik yang berjaya sebagai usahawan dan pengiat sosial akan juga dapat merangsang lebih ramai wanita untuk berfikir 'kalau mereka boleh lakukannya kenapa tidak saya?'

"Itu semangat yang mahu kita lihat melalui anugerah ini," katanya sempena majlis penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011 di sini Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Pengerusi Yayasan Sime Darby Tun Musa Hitam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Sekolah Cina Terima RM15 Juta

Artikel Lain